Biasa kita mendengar anak-anak Asnaf ini sukar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana masalah kewangan. Tetapi tahukah anda, terdapat pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan kepada anak-anak ini yang masih ramai tidak ketahui. Kursus kemahiran ini bertujuan membantu mereka agar mampu menyara diri sendiri dan keluar dari masalah kemisikinan ini.Sebelum kita memperkenalkan kursus kemahiran yang ditawarkan kepada anak-anak asnaf ini, apa kata kita fahami dahulu maksud asnaf itu sendiri. Asnaf bermaksud pihak yang layak menerima bantuan ZAKAT yang dikutip daripada orang yang beragama islam. Terdapat lapan golongan Asnaf, antara golongan asnaf tersebut adalah:- – Fakir Seseorang yang tidak
↧