Disebabkan pandemik COVID -19 lahirlah pelbagai cara mendapatkan pendapatan tambahan dari rumah bagi mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hal ini disebabkan, masih ramai lepasan graduan yang tidak dapat peluang pekerjaan kerana telah banyak sektor ekonomi yang lumpuh disebabkan oleh pandemik ini. Justeru itu, lambakkan graduan membuatkan peluang pekerjaan semakin tipis. Jadi, sebagai graduan kita perlu bijak mencari peluang pekerjaan berdasarkan keupayaan yang kita ada bukan hanya mengharap pada bidang yang kita pelajari. “Pengharapan yang tinggi untuk bekerja di dalam bidang yang di pelajari agak sukar pada masa ini. Justeru itu, ambil peluang dan cuba untuk buka peluang pekerjaan
↧