Ketika sidang media pada 17 MAC 2021 yang lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaru. Bantuan tersebut adalah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi. Tujuannya adalah bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan krisis COVID -19 ini. PEMERKASA merupakan salah satu program yang menyeluruh dan memberi manfaat kepada golongan belia. Ianya terangkum di dalam inisiatif lain iaitu pengekalan pekerjaan dan insentif penggajian. Maka belia yang bekerja akan menikmati manfaat daripada inisiatif ini. Program ini juga membantu mengurangkan kadar pengangguran belia. eBelia PEMERKASA : Tarikh Dan Cara Penebusan Kredit E-Wallet
The post eBelia PEMERKASA : Tarikh Dan Cara Penebusan Kredit E-Wallet appeared first on Xpresi.