Semakan panggilan ujian MEdSI program pendidikan sudah boleh dilakukan bermula 31 MEI 2021 (Isnin) selepas jam 5 petang. Justeru itu, bagi calon lepasan STPM/ setaraf boleh membuat semakan panggilan ujian MEdSI program pendidikan ini. Panggilan Ujian MEdSI program pendidikan ini adalah khas bagi lepasan STPM/ setaraf sesi akademik 2021/ 2022. Ujian Malaysia Educators Selection Inventory atau dikenali sebagai Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan atau tidak. Ujian ini adalah bagi memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk menjadi seorang pendidik dan emmpunyai kebolehan untuk mengajar. Justeru itu, bagi calon yang ada memohon
↧