Bantuan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah daripada Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAPM) adalah bantuan ‘sekali’ yang ditawarkan kepada pelajar yang layak setiap tahun. Namun, adakah anda tahu bahawa di bawah Bantuan KWAPM, terdapat satu jenis bantuan yang boleh diminta pada bila-bila masa sepanjang tahun? Berikut adalah maklumat terkini tentang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, yang sering dikenali sebagai KWAPM. Apakah Program Bantuan KWAPM? Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kemiskinan merupakan punca utama keciciran sekolah. Bagi menangani isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan Dasar Pendidikan Wajib, yang berkuat kuasa pada Januari 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan
↧