Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi tahun 2022. KPM sukacitanya mengumumkan bahawa permohonan untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) akan diterima mulai 24 Disember 2021! Hadiah Latihan persekutuan ialah program cuti belajar bagi Pegawai Pendidikan Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas, yang memenuhi syarat program. Bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2022/2023, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan pilihan mengambil Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) untuk mengikuti kursus jangka panjang SEPENUH MASA di peringkat
↧