Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) mencapai visi dan misi Kerajaan Negeri Selangor iaituuntuk menitikberatkan kebajikan rakyat di samping meningkatkan kualiti hidup mereka. Terdapat beberapa initiatif Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) dalam hal Pendidikan disenaraikan di bawah. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor (Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor) Inisiatif ini menyediakan pembiayaan untuk pembaikan infrastruktur serta pembinaan kemudahan baharu. Inisiatif ini berhasrat menyediakan insentif sehingga RM50,000 bagi membantu menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di negeri Selangor. Kriteria kelayakan Program ini terbuka kepada sekolah yang termasuk dalam kategori berikut. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sekolah Jenis Kebangsaan
↧