Belanjawan 2023 menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada pendidikan dengan Kementerian Pendidikan mendapat bahagian terbesar dengan peruntukan sebanyak RM55.2 bilion. Jumlah itu, yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Bajet 2023, adalah RM2.6 bilion lebih daripada jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022. Penyelenggaraan Infrastruktur Sekolah Belanjawan 2023 menyaksikkan RM2.3 bilion untuk menaik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah usang di 380 sekolah daif, penyelenggaraan kemudahan sekolah dan pembinaan kemudahan mesra OKU, dan pembinaan dewan terbuka untuk perhimpunan sekolah. Sebanyak RM777 juta lagi adalah untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), yang akan memanfaatkan 700,000 pelajar. RM108 juta juga akan diperuntukkan
↧